Monday, December 31, 2012

pengalaman ku di madrasah selama 40 hari

asalamualaikum semua,hari ni baru nak buat blog,huhuhuh,rindu pulak.......
   
  alhamdulillah bersyukur kite kepada yang maha kuasa .kite di hidupkan ,dan kite dimatikan atas kuasa allah
,tiada yang lain.dan kite banyak kan lah bersyukur kerana dibagi hidup untuk hari ni.jadi janganlah buat perkara-perkara yang allah larang dan baut lah yang allah suke....

 ok ..hari ni irfan nak cite pengalaman saya kat sana, masyaallah ,seronok lah kat sne,saya berkawan  dengan  orang yang menghafal al-quran.ustaz-ustaz dari Burma,dari Kemboja,dari indonesia,and dari malaysia,dan saya dapat sebilik dengan beberapa orang kemboja,mula-mula kite dengar dia cakap sesama mereka,kite pelik ,tapi kite cuba untuk memahamkan apa yang mereka pekatakan,tapi tak dapat.and yang bestnya ada sedara ,kami dikenali di sana sebagai mersyid=(Ramlle)saya (sudin)nak lagi sorang ajis

kat sana kite diajar tentang kebesaran allah,cara berdakwah,adab tidur,adab makan,adab beri salam ,semuanya kite di ajar disana

Friday, November 2, 2012

Kawan Pindah Sekolah


Huhuhu,Ifan hari ni tak tau nak cite pasal apa,so ifan nak lah cite sikit pasal kawan .ifan kalau datang  sekolah best sangat,dulu kalau cuti sekolah je irfan gembira sekarang dengar je cuti rasa sedih,saya tak taulah sebab apa,bila saya bersama kawan-kawan saya rasa happy sangat ,lagi-lagi masa raya,jalan sana,jalan sini memang osem lh,tapi yang semestinya kita semua adalah GENG

tapi ,saya sedih kerana takut kawan-kawan saya pindah ke sekolah yang lain,dan geng saya akan kekurangan ,kita semua tetap kawan baik,walaupun kau pindah ke sekolah yang lain,jangan lupa kenagan-kenangan kite yang manis ,lagi osem tu.Walaupun rantai tu tidak bercamtum,kita boleh mencantumkan bersama-sama sebab kita adalah friend forever

Thursday, November 1, 2012

( Cinta Tak Akan Ku Buang Begitu Saja)


Semua mesti tau cinta sejati kan,begitu juga irfan ,saya tak suka kalau cinta saya dibuang,saya memang x suka,tapi kita mesti terima hakikat walaupun kita susah nak melupai orang yang kita penah sayang.Tapi kalau dia betul-betul setia dengan kita ,teruskan kn lh usaha anda ,irfan  telah menjumpai orang yang ifan sayang,Tapi saya takut kehilangan orang yang irfan sayang,saya tak nak berlaku lagi peristiwa pahit yang irfan tak boleh lupa,yang membuat irfan rasa kecewa,kalau nak tahu kalau irfan putus cinta,irfan akan terdiam ,irfan tak kan bercakap sangat dengan kawan-kawan,tu lah namanya cinta sejati.

 Irfan baru dapat cinta yang paling bermakna buat irfan,walaupun baru berapa hari tapi irfan happy bersama dia,dia lh yang merawat hati-hati irfan yang terluka,yang membuatkan irfan semangat untuk belajar,masa saya  bosan ,tak tau nak buat apa ,irfan msj dengan dia ,main call-call and semuanya lah ,irfan rasa bahagia sangat-sangat dengan dia ,Dia lah yang mengejutkan saya untuk sembahyang subuh,dia sanggup menalifon berbelas-belas kali,hanya unuk mengejutkan irfan,irfan sangat-sangat beterima kasih kerana sanggup mengejutkan irfan,Susah kan nak cari perempuan yang sangat setia dengan kita,tapi kita jangan memaksa dia untuk setia dengan kita,hubungan itu x kan berkekalan lama,bia lah dia setia dengan dia punya pilihan,tetapi kalau kite hendak dapat cinta sejati,pandai lah ambil hati dia ,pandai pujuk semasa dia bab mod,pandai ceriakan dia semasa dia sedih,nak semua lah,saya sekali lagi terima kasih kepada dia kerana sanggup menerima cinta irfan,kalau irfan marah dia lah yang buat irfan gembira,semasa bab mod,dia lh yang hilangkan bad mod irfan,saya sangat-sangat bersyukur kerana memberi hati dia kat saya,

Friday, October 12, 2012

Cuti Sabtu Ahad

Cuti hari ni macam nak mancing ikan ,Tapi hati ni macam nak main bola ,tak tau lah nak pilih mana satu ,dua-dua saya suka ,ish pening lah nak pilih mana satu ,ok mula-mula kita cerita pasal memancing dulu lah


Mancing ni sebenarnya seronok sangat-sangat ,tapi ada sesetengah orang kate bosan ,memancing ni mesti ada kesabaran semasa memancing  
tengok gambar ni ,dia masih senyum walaupun ikan tak makan umpan dia .Dan dia terlalu khusyuk sampai dia tak thu dia dah dibawa air
tengok yang ni pulak ,ni orang yang tak sabarkan ,tengok je lah muka dia dah tahu tak minat mancing,sampai ikan kat belakang dia pun tak perasaan,ish-ish-ish teruknya

Ok ni pulak pasal bola sepak ,kita mesti tahan lasak,semasa main bola ,saya pun tak tahan lasak je tapi hentam je lah,kita mesti ada sikap bekerjasama dalam kumpulan
kita mesti ada stategy dalam kumpulan baru boleh jadi
Cristiano ronaldo

Lionel Messi
Macam gebang je aku ni ,hehe mana lah tau kan jadi kenyataan suatu hari nanti.Nak pilih mana satu ni pening lah ,pilih dua-dua je lah

Thursday, October 11, 2012

Hari Jadi Saya Yang Ke 14 Tahun

Macam biasa lah semua orang ada hari jadi ,setiap tahun kan.Ok hari ini hari jadi saya yang ke 14 tahun .Tarikhnya 12/10/2012 .Masa hari jadi ni yang paling saya suka dapat hadiah ,kalau korang semua, tak tahu lah suka apa,jalan-jalan ke,makan-makan ke dan sebagainya lah ,ok kita semua tengok gambar-gambar saya semasa menyambut hari jadi saya

 Mula-mula korang semua fokus kat baju yang saya pakai tu.yang tu akak saya yang bagi ,kepada akak saya  terima kasih ye kerana bagi baju ni
Ok yang ni jangan tengok muka saya lama-lama tau malu, hehehe tak de lah ,ok nampak tak jam saya tu ,itu mama saya yang bagi ,patut muka saya gembira je kan
Dah penat belikan hadiah saya,saya sekeluarga makan lah kat Domino ,ada hadiah ada makan ,hehehe saja je ,penat lah katakan ,saya pun tak tahu apa yang dipesan oleh mama dan akak ,saya tahu saya kenyang ..
Kepada sesiapa yang belum kenal ni sape,ok saya kenal kan ,dari kanan ,namanya Iwan Rabbani adik saya yang petama ,yang tengah pula ,muka macam kenal je ,mesti lah kenal mama sape tu kan,namanya  Hamidah binti Ali,hari jadi mama saya dekat-dekat je dengan hari jadi saya.Hari jadi mama 3/10 ,hari jadi saya 12/10,dekat kan.Ok yang kiri tu namanya Aliff Iskandar ,comel tak ,ade muka macam saya tak,hehehe gurau je,mesti tak ada kan
 Yang pakai tudung pink tu akak saya ,namanya Ili Nabilah ,tengok muka dia makan pizza ,betul-betul rasa nikmat makan pizza lah,ok yang pakai tudung warna kuning tu namanya Arina Zawani ,yang ni muka macam ada masalah kan ,gurau je
Nampak tak sebelah saya ni sape ,ni bapa saya ,namanya Matsom bin Sadono ,bapa saya ni seorang cikgu di Seri Pasir,Medan.Dan lagi satu kan ,kami semua ada blog tau ,tapi yang Aliff tu tak ada lah ,kecil sangat

 Masa dah sampai rumah, nak posing kejap lah dengan basikal fixie ,alamak lupa nak taip ,sapa yang bagi beg tu,yang bagi beg ni ayah saya ,terima kasih kepada keluarga saya kerana menyambut hari jadi saya dengan meriah pada tahun ni dan tahun-tahun lepas,terima kasih sekali lagi

Wednesday, October 10, 2012

Hari Malang Pada Hari Ini

Assalamualaikum semua, kita semua mesti ada nasib malang kan, tak kira di mana je contoh kita hendak jumpa kekasih kita di tempat yang mewah dan ramai orang di sana . Tiba-tiba kita terkentut ,apakah perasaan kita, malu kan dan hari paling malang kita. Dah lah tak nak cerita pasal ni,kita berbalik dengan nasib malang saya pada hari ini.....

 Tahu kan ini sakit apa ? .. sakit perut kan, tapi ni bukan sakit perut biasa tau ,cuba fikir ni sakit ape??? Tak yah lah fikir nanti lama sangat , ni gastrik, tahukan sakit gastrik tu ape, mesti semua tau kan.. Sakit ni teramat-amat pedih lah, bukan sakit perut je, pening kepala, rasa loya nak muntah dan yang paling tak tahan lah makan ubat cair

Saya memang tak suka telan ubat cair,kalau dah telan, macam nak keluar balik.Tapi nasib badan lah,sakit punya pasal, terpaksalah.. Tapi yang paling seronok sekali dapat MC 1 hari, campur dengan cuti budak PMR lagi, dapat 3 hari, alhamudillah, best gila lah! Dapat main luar,hehehe

Tuesday, October 9, 2012

Nak cerita sikit lah:rokok tidak berbahaya


Hari ni saya nak cita lawak sikit lah,cerita ini mengenai tiga orang sahabat iaitu,Hamid,hadid,dan Hadud.cerita nya macam ni


Ada tiga orang sahabat yang bernama Hamid,hadid,dan Hadud ,mereka bertiga seperti adik beradik..Mereka mempunyai cita-cita yang sama.tetapi mereka mempunyai hobi yang berlainan.

Hobi Hamid ialah kaki perempuan,Hobi Hadid suka minum arak dan Hadud suka isap rokok...Suatu hari ketika mereka berjalan-jalan,mereka terjumpa lampu Aladin.Mereka teringat  lah cerita ladin,kalau gosok-gosok nanti keluar jin .Mereka menggosok lah lampu Aladin tu.Tiba-tiba keluar lah jin dalam lampu tu.alangkah terkejutnya mereka bertiga .jin berkata

jin: kamu semua telah mengeluarkan saya dari lampu kecil ni.kamu bertiga akan ku tunaikan 3 permintaan
Hamid: aku nak 100 orang perempuan didalam gua selama 10 tahun
Hadid; aku pulak nak 1000 arak dalam gua jugak selama 10 tahun
Hadud: aku biasa lah nak 100000 rokok dalam gua jugak selama 10 tahun

Sepuluh tahun berlalu ,jin mengeluarkan ketiga-tiga sahabat itu .Jin mengeluarkan Hamid dahulu,keadaan Hamid terlalu kurus dan menyebabkan Hamid meninggal dunia.Jin mengeluarkan pula Hadid,keadaan dia pula terlalu buncit dan menyebabkan dia meninggal dunia juga.Jin takut hendak mengeluarkan Hadud kerana takut mati jugak.Jin buka pelahan-lahan pintu gua itu ,alangkah terkejutnya Jin kerana Hadud masih hidup.Jin bertanya ke pada Hadud ,kenapa kau seorang yang hidup ,Hadud bercakap dengan Jin ,macam mne aku nak isap rokok kalau tak ade mancis ,Jin ketawa terbahak-bahak ,TAMAT  

Monday, October 8, 2012

Hantu-Hantu Yang Kita Kenal

Ok ,korang  semua tahu kan hantu keluar waktu malam ko,so kita jarang-jarang lah keluar malam .Kita tak nampak ape yang ade disekeliling kita, tapi ade sesetengah orang nampak benda-benda halus tu , ok kita mulakan

 1 : pocong = yang memakai kain kapan ,yang suka keluar waktu malam.bentuk badan dia macam orang yang dikapankan.matanya berwarna merah

 2 : toyol=seluruh tubuh badan berwarna hijau,suka keluar waktu magrib , hobi suka memasuki rumah-rumah orang kaya,curi duit dan bermacam-macam

 3 : pontianak=mempunyai rambut yang panjang,suka keluar pada pukul 12 malam, mempunyai suara yang menyeramkan, hobi suka menakutkan orang

 4 : langsuir=rambut panjang ,berbaju putih ,suka keluar pada pukul 10 malam,tidak mengacau orang cuba membuat suara-suara yang menyeramkan,hobi suka terbang sana sini


OK ni je nak tulis hari ni,kalau jumpa atau terserempak dengan hantu-hantu ni ,cepat-cepat baca ayat KURSI :jangan kalau jumpa terus pengsan,cakap dengan dia aku tak kacau kau ,kau jangan kacau aku,insyallah dia tidak akan kacau kita

Kewajipan Menutup Aurat

Ok, hari ni cerita saye yang baik- baik je. Kita kenal perempuan-perempuan yang beriman macam mane kan ,contohnya kalau keluar rumah mesti pakai tudung .Tetapi ade sesetengah perempuan yang bertudung tetapi belum sempurna menutup auratnya ,Contoh-contohnya ialah

1: Baju yang dipakai singkat tidak labuh melepasi pinggul
2: Mendedahkan bentuk/lekuk dada tersembol dan punggung
3: Pakai ketat-sendat menampakkan susuk tubuh. Nampak  SEKSI SEKSA

Ada banyak lagi nak tulis tapi takut semua terkejut nanti. Hahaha. Ingat jangan ketat-ketat kan seluar ke baju ke and so on lah, ingat ni pesan saya, perempuan-perempuan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya... Sedangkan bau syurga dapat dihidu berbatu-batu jauhnya..

Putus Hubungan

Kita seronok kan bila bercouple ,jumpa dia  dan sebagainya ,tetapi kalau kite berputus cinta ape yang korang rase.....sedih kan 

Kite rase dia macam buang kita kat dalam Tong-Sampah.Yang berisi ulat-ulat yang busuk dah sisa-sisa makanan orang kan. 


 kite terus benci dia dan tak nak tengok dia .Rasa sayang kita mesti ade lagi kan ,tapi kita mesti buang rasa cinta itu dengan secepat yang mungkin . 


Saya tahu saya baru 14 tahun ,rase ingin dicintai oleh seorang perempuan mesti ada. Tapi jangan menyesal ye kalau ditinggalkan kekasih. Kalau perempuan yang kita cintai itu betul-betul setia kan kita seorang sahaja, yang tak menduakan kita, yang tak mempunyai ramai lelaki, teruskanlah setia dengan dia, dan lagi kalau nak bercouple cari yang belum pernah bercouple, senang cakap yang masih fresh lah. OK lah tu je nak tulis hari ni, ingat kata saya ni..


Friday, October 5, 2012

Cinta jangan pergi...


Cinta itu sangat subjektif. Datangnya tanpa saya dan awak sedar. Saya nak awak tahu, cinta seorang lelaki ni tulus. Saya bukan nak main-mainkan awak. Saya pilih awak sebab awaklah pilihan saya. Saya nak habiskan hari-hari saya dengan awak, sampai saat hembusan nafas saya yang terakhir. Saya akan bimbing awak, jaga awak, lindungi awak, hormati awak, saya akan sentiasa buat awak gembira dan yang paling penting saya akan bimbing awak sampai syurga. Kita masuk syurga sama-sama dan bahagia selama-lamanya. Saya cuma nak awak setia dengaan saya. SETIA...

'Awak' diatas ialah bakal isteri saya. Macam gebang tahap giler gaban baru form 2 dah ade bakal isteri kan? Tapi tak mustahil 'awak'...


Awak, jangan lah merajuk lama-lama.. Mesej saya awak tak balas, saya call awak tak jawab. Saya risau. Apa yang saya dah buat sampai awak buat saya macam ni? Bila saya tanya apa salah saya awak tak jawab.. Awak, awak tahu tak, saya tak pro bab pujuk-pujuk ni.. Tapi, saya cuba sedaya upaya untuk pujuk awak. Sebab apa? Sebab saya sayang awak sangat-sangat. Saya nak kita macam dulu, selalu mesej, kalau ade kredit lebih kita selalu call2. Hari-hari saya ceria bila awak ada. Saya makin semangat nak belajar. Awaklah sumber inspirasi saya.. Awak, tolong jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya... Saya nak awak..

Mungkin saya tak sekacak Leonardo diCaprio, tak sehensem Randy Pangalila, tak semacho Aaron Aziz, tak secomel Rain, tapi saya sekeping hati yang betul-betul ikhlas untuk awak.. Kalau saya boleh jadi Superhero, dah lama saya jadi Batman, saya akan  bawa awak terbang keliling dunia, dah lama saya jadi Spiderman, bawa awak swing keliling KL, nak keliling Paris pun boleh lah awak.... Dan lagi awak, saya akan jadi boboiboy, boleh pecah jadi 3, lagi osem..

Tapi, kalau awak betul-betul sayangkan saya, saya tak perlu jadi semua tu.. Kalau awak cintakan saya, awak akan terima saya seadanya.. kan awak? Saya tak nak awak menduakan saya.. Yang saya nak, awak balik pada saya...


Saturday, September 22, 2012

Sambutan Hari Raya dan Jamuan Akhir Tahun

budak2 perempuan sekelas ku
                                                                         Cikgu Farah
                                                                         Azrul and Razi
                                                                         Saufi dan razi
                                                                    Nazir dan syawal
hisyam-hisyam
                                                        cikgu Ramli dan Cikgu malak

Monday, July 16, 2012

Ucapan Bagi Perlantikan Baru Pengurusi Kelab dan Persatuan

Rangka ucapan:

1- Ucapan alu-aluan
2- Ucapan terima kasih (atas perlantikan jawatan pengerusi)
3- Usaha-usaha yang akan anda lakukan bagi menaikkan lagi nama Kelab tersebut.
4- Harapan anda terhadap persatuan tersebut.

Simple kan?? Tahniah kepada anda yang telah dilantik sebagai pengerusi. Aku harap korang dapat galas tanggungjawab yang telah diberi dengan penuh toleransi.

Thursday, May 24, 2012

CERITA MENARIK

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

Sunday, April 22, 2012

keindahan gunung

 kalau aku kat sane aku nk buat 2 ativiti .mancing dan memanjat gunug .tapi semua tu hanya dalam mimpi je lah
kalau kat sini pulak aku nk main bola sepak.tak ade nak kacau .kalau ade pun monyet je

Saturday, March 24, 2012

Kenangan di asrama

     Aslamualaikum semua,hari ini aku nak  cerita sikit kat asrama aku, ceritanya mengenai  hantu,
ceritanya bergini,pada pukul 12.00.aku sedang makan nasi telur dada bersama kawan,selepas makan aku pun nak masuk lah kat dalam bilik .tiba2 aku ternampak seekor anjing berwarna putih,saiznya lebih besar daripada van .Aku bertanya la kepada kawan aku ,kau ade nampak tak anjing putih tu tadi dia kate dia tidak nampak apa pun.aku pun terus masuk ke bilik lalu tidur.

    cerita yang kedua ialah ,Pada malam selasa ,kawan aku bernama haris ingin membuang sampah kat belakang asrama,dia pun mengajak beberape kawan dia untuk dijadikan teman.Semasa menbuang sampah,haris terasa ade yang memerhatikan dia.Bila dia menulih kedepan dia melihat ade orang memerhatikan dia ,ape lagi dia terus memecut ke depan dan terus tidur,keesokkan harinya dia baru menceritakan ape yang dinampaknya itu.

Thursday, January 26, 2012

Cuti yang bermakna

Ala aku macm biasa lah pagi-pagi,ayah  mengajak aku dan iwan pergi kekebunya yang terletak di PARIT NOMBOR7

Aku sampai kat sane je ,aku terus membentang kembes
 lepas membentang kembes, apa lagi aku dan ayah terus memasang kemah untuk takut-takut hujan turun tak ada tempat nak aku bertedur

Lepas semuanya selesai aku dan iwan terus cabut ke belakang kebun 
  lepas aku kepenatan,aku terus pergi ke kemah dan terus makan 
   aku kan makan cepat ,lepas aku siap je aku senyap-senyap ambil gambar iwan dah ayah makan di atas   kembes

 lepas tu aku ajaklah ayak aku pergi ke pot aku selalunya dapat ikan
 dah setengah jam aku tunggu ikan makan umpan aku ,aku sembahyang lah kat tempat panas

  Selepas aku sembahyang ,aku bertiga termasuk aku pergi ke kubur.aku pergi ke kubur adik aku ,dan  atuk-atuk aku .Aku mendoakan supaya semuanya senag di sana



HOBI....??????

Saya sebenarnya suke sangat bermain bola sepak ,tapi kalau difikirkan dengan logik,bola sepak  memenatkan kita
Tengok ni baru main bola sepak kat padang kecil dah penat ,belum lagi kat stadium bukit jalil
    Saya sekarang memilih chees ,kerana bermain chess mencergaskan otak.
                                        Tengok, bermain chess ini bagus untuk otak.
 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011